NADI Mahir – Mahir Masak, Foto & Pertanian Pintar

20 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

19 Januari 2025, Ahad – Program NADI Mahir merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kehidupan komuniti. Kelas Mahir Masak, Foto dan Pertanian pintar merupakan antara kelas NADI Mahir dan telah diadakan secara atas talian di NADI Presint 18. Seramai tiga orang peserta telah menyertai kelas pada bulan ini.
Petugas NADI membantu peserta untuk membuka link kelas mengikut slot masa di setiap komputer untuk setiap peserta dan mengisi emel, ID, password MTS yang sudah di daftarkan kepada akaun peserta. Kelas telah diadakan pada bulan Januari mengikut slot yang telah dipilih oleh peserta iaitu kelas Mahir Masak pada setiap hari Rabu, kelas Mahir Foto pada Rabu dan Jumaat dan kelas Mahir Pertanian Pintar pada setiap hari Sabtu. Kelas telah berlangsung secara atas talian menggunakan Google Meet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas